Tuesday, December 8, 2009

Kita Renung-renungkan bersama... (suami n isteri)

Dah setahun rupanya tak ku jenguk blogku ini...semuanya kerana kekangan masa..Tapi sekarang ni aku cuba mengisi kekosongan blog ini..Buat permulaan aku akan 'paste' la dulu mana2 artikel yang ingin aku share dengan semua...



Oleh sebab aku ni keje ngan agensi keluarga, makanya artikel dlm blog ni sudah tentulah berkaitan ngan kekeluargaan..



Artikel ni aku pun tak pasti siapa penulisnya ...just nk share ngan semua...

Wahai SUAMI....renungkanlah,

Pernikahan atau perkahwinan menyingkap tabir rahsia,
Isteri yang kamu nikahi tidaklah semulia Khadijah,
Tidaklah setaqwa Aisyah,
Tidaklah setabah Fatimah,
Justeru,
Isterimu hanyalah wanita akhir zaman yang punya
cita-cita menjadi SOLEHAH...

Pernikahan atau perkahwinan mengajar kita
kewajiban bersama
Isteri menjadi tanah, kamu langit penaungnya
Isteri ladang tanaman, kamu pemagarnya
Isteri kiasan ternakan, kamu gembalanya
Isteri adalah murid, kamu mursyidnya
Isteri bagaikan anak kecil, kamu tempat bermanjanya

Saat isteri menjadi madu, kamu teguklah sepuasnya
Setika isteri menjadi racun, kamulah penawar bisanya
Seandai isteri tulang yang bengkok, berhatilah meluruskannya....

Pernikahan atau perkahwinan menginsafkan kita
perlunya iman dan taqwa,
Untuk belajar meniti sabar dan redha ALLAH S.W.T.
Kerana memiliki isteri yang tak sehebat mana....

Justeru,
Kamu akan tersentak dari alpa
Kamu bukanlah Rasulullah S.A.W.
Pun bukanlah Sayyidina Ali Karamallahhuwajhah
Cuma
Suami akhir zaman yang berusaha menjadi SOLEH...
Amin....


Wahai ISTERI pula....renungkanlah

Pernikahan atau perkahwinan membuka tabir rahsia
Suami yang manikahi kamu tidaklah semulia Muhammad S.A.W.
Tidaklah setaqwa Ibrahim
Tidaklah setabah Ayyub
Tidaklah segagah Musa
Apalagi setampan Yusuf
Justeru,
Suamimu hanyalah lelaki akhir zaman yang punya
cita-cita membangun keturunan yang SOLEH....

Pernikahan atau perkahwinan mengajar kita
kewajiban bersama
Suami menjadi pelindung, kamu penghuninya
Suami nakhoda kapal, kamu pengemudinya
Suami bagaikan pelakon yang nakal, kamu adalah penonton kenakalannya
Saat suami menjadi raja, kamu nikmati anggur singgahsananya
Setika suami menjadi bisa, kamulah penawar ubatnya
Seandainya suami bengis lagi lancang, sabarlah memperingatkannya...

Pernikahan atau perkahwinan mengajarkan kita
perlunya iman dan taqwa
Untuk belajar sabar dan redha ALLAH S.W.T.
Kerana memiliki suami yang tak segagah mana....

Justeru,
Kamu akan tersentak dari alpa
Kamu bukanlah Khadijah yang begitu sempurna di dalam menjaga
Bukanlah Hajar yang begitu setia dalam sengsara
Cuma wanita akhir zaman yang berusaha menjadi SOLEHAH....
Amin.....

Justeru itu wahai SUAMI dan ISTERI
Jangan mengharap terlalu tinggi seandainya diri sendiri jelas tidak berupaya

SUAMI dan ISTERI ingatlah :

Mengapa mendambakan isteri sehebat Khadijah, andai diri tidak semulia Rasulullah S.A.W.
Tidak perlu isteri secantik Balqis, andai diri tidak sehebat Sulaiman

Mengapa mengharapkan suami setampan Yusuf, seandai kasih tak setulus Zulaikha
Tidak perlu mencari suami seteguh Ibrahim, andai diri tidak sekuat Hajar dan Sarah....

Wallahualam.....

Thursday, December 11, 2008

SALAM PERKENALAN

Assalamualaikum....salam sejahtera dan salam kekeluargaan...Alhamdulillah..akhirnya berjaya juga saya mempunyai blog sendiri..itupun dengan bantuan sahabat di ofis kalau tak memang tak merasa le nak blog sendiri...thanx Kahar..Teratak Faireen adalah berkisar tentang kehidupan peribadi penulis dan segala artikel adalah hasil dari pembacaan dan pergaulan seharian dengan masyarakat sekeliling.Blog ini saya dedikasikan untuk suami, anak-anak dan rakan-rakan di ofis...tanpa anda tiadalah blog ini. Jumpa lagi.

KISAH SEPOHON SEMALU

Pada suatu hari, Rasulullah s.a.w berjalan-jalan bersama puteri baginda, Saidatina Fatimah r.a. Setibanya mereka berdua di bawah sebatang pohon tamar, Fatimah terpijak pohon semalu, kakinya berdarah lalu mengadu kesakitan. Fatimah mengatakan kepada bapanya apalah gunanya pohon semalu itu berada di situ dengan nada yang sedikit marah. Rasulullah dengan tenang berkata kepada puteri kesayangannya itu bahawasanya pohon semalu itu amat berkait rapat dengan wanita. Fatimah terkejut. Rasulullah menyambung kata-katanya lagi. Para wanita hendaklah mengambil pengajaran daripada pohon semalu ini dari 4 aspek. Pertama, pohon semalu akan kuncup apabila disentuh. Ini boleh diibaratkan bahawa wanita perlu mempunyai perasaan malu (pada tempatnya). Kedua, semalu mempunyai duri yang tajam untuk mempertahankan dirinya. Oleh itu, wanita perlu tahu mempertahankan diri dan maruah sebagai seorang wanita muslim. Ketiga, semalu juga mempunyai akar tunjang yang sangat kuat dan mencengkam bumi. Ini bermakna wanita solehah hendaklah mempunyai keterikatan yang sangat kuat dengan Allah Rabbul Alamin. Dan akhir sekali, semalu akan kuncup dengan sendirinya apabila senja menjelang. Oleh itu, para wanita sekalian, kembalilah ke rumahmu apabila waktu semakin senja. Ambillah pengajaran dari semalu walau pun ia hanya sepohon tumbuhan yang kecil.